lame sudah tak menulis/menaip kat blog. sementara tunggu subuh masuk ni, sempat la kot mencoret sikit.
hidup kita tujuannya adalah untuk kehidupan selepas ini. kita percaya yang selepas matinya kita, kita akan dibangkitkan untuk dihisab amalan dan kesudahan kita hanya dua. syurga nan indah atau neraka nan panas membara. kesudahan itu ditentukan oleh kehidupan kita yang sekarang. kita decide sekarang. personally, saya inginkan happy ending, which means kesudahan di syurga nan indah dan saya yakin kita semua mahu ke situ.
so, the next thing to see is, are we really living a life that will send us there?
bile kite sembang tentang hidup dan mati, memang tak terasa sangat. hanya sembang. sesaat terasa, kendian leka semula. leka dengan kerja, leka dengan study, leka dengan kawan2, leka dengan keluarga, etc.
saya dah lame x pergi majlis pengebumian jenazah. tapi saya masih ingat, di saat kaki menjejak tanah perkuburan, di saat mata terpandang ke dalam liang lahad, ape yang ada di kepala hanya satu persoalan dan satu kepastian.
soalannya -> bilakah saat aku akan tiba?
kepastiannya -> aku pasti akan menjadi si mati itu.
sama-samalah kita muhasabah diri semula. sama ada benar atau tidak kita mahukan kesudahan yang gembira atau sebaliknya. penyesalan tidak berguna di kemudian hari. hari ini kita yang pilih. jalan hidup mana yang ingin disusuri. berbaloikah kegembiraan dan kemudahan sementara untuk penderitaan yang tiada akhir? berbaloikah?
kita ubah dari perkara yang kecil dan slowly kepada perkara yang lebih besar. inshallah kita usaha mane yang mampu. rahmat Allah kita harapkan agar syurga itu menjadi tempat rehat selamanya.
In Allah we have faith
Tuesday, July 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bro nie stdy kat Hoboken United States @ univ Azhar Mesir?...
Post a Comment