tempoh hari aku berbual dengan seorang tetamu datangnya dari germany. tiba2 topik perbualan merangkumi aspek agama. aku bertanya apakah kepercayaannya dan beliau memberitahu Kristian Katolik agamanya tapi beliau masih mencari-cari akan sesuatu yang lebih masuk akal. topik perbualan agama memang tiada penghujung. dia bertanya beberapa perihal tentang islam dan beliau memang mengambil tahu serba sedikit tentang agama2 lain. ketika mahu menjawab soalan2 yang dikemuka, terasa payahnya untuk menghurai kepada pemahamannya. satu, kerana risau maksudku tak tersampai kepadanya dan beliau akan mendapat maklumat yang salah daripadaku. keduanya, untuk menghuraikan dalam bahasa inggeris memang agak mencabar kerana kadang2 tak dapat "term" yang sesuai.
dalam pada itu, aku teringat akan Muhammad SAW junjungan kita. aku yang baru nak mentarbiyah seorang bukan islam pun dah rasa terbeban yang amat sangat. bagaimana manusia bernama Muhammad itu lalui segala liku dalam menyampaikan risalah Allah. amat hebat Subhanallah. aku hanya menyampaikan apa yang termampu dengan harapan agar islam ada bermain di mindanya dan agar Allah membuka mindanya.
kita tahu bahawa di penghujung dunia, islam akan kembali cemerlang di muka dunia. tetapi jika melihatkan keadaan umat islam hari kini, memang tak terbayang bagaimana islam mampu kembali dipandang tinggi oleh dunia. sebab utama adalah kerana penganut islam itu sendiri tidak memberikan gambaran yang sebenar tentang islam. oleh itu, manusia yang lainnya memang memandang islam serong melainkan mereka yang menyelidik sendiri tentang islam. itu bukan salah mereka kerana kita sendiri yang tidak menunjukkan sifat2 islam sebagai agama yang gemilang. ini sangat menyedihkan.
tak perlu lihat jauh. cuba lihat ibu pertiwi kita sendiri. gejala2 negatif semakin teruk terutamanya yang membabitkan anak2 muda kita. mereka secara amnya dididik melalui tiga badan. Jika di rumah, ibu bapa, jika di sekolah, guru2, dan jika luar daripada itu, adalah masyarakat amnya. kita lihat bagaimana ibu bapa mendidik anak mereka. berapa ramai yang mempunyai masa terluang untuk mendidik anak mereka? guru2 pula, berapa ramai yang niat mereka ikhlas untuk mendidik bersungguh-sungguh? masyarakat pula, lagi jauh sekali. buka dada akhbar sahaja, ahli politik tak habis dengan perkara2 remeh, bertikam sana sini.
sekarang pelajar tingkatan 2 sudah berani melakukan perkara2 lucah. dalam sehari, anak luar nikah oleh orang islam di malaysia puratanya 83 orang. itu orang islam! malang sungguh. kemudian pencegahannya tak nampak di mana, tetapi rawatannya memang hebat. dibinanya tempat khas untuk pembuangan bayi. mudah lah selepas ini, jika terlanjur mendapat anak tiada masalah, kerana ada tempat untuk meletak bayi. idea itu tidaklah seratus peratus tidak elok. cuma kita sibukkan merawat tanpa fokus yang lebih pada pencegahan.
faktor2 berlakunya perkara2 ini memang banyak. tak perlu untuk menuding jari. langkah yang terbaik adalah sama2 membaiki sistem kehidupan kita yang semakin tempang ini. kembali kepada islam. dan sementara itu, kita nantikan pemimpin yang hebat yang akan membela nasib islam.
saya kagum dengan pemimpin kita, Tun Mahathir. Memang ramai yang kagum dengannya kerana kemajuan yang hadir ketika eranya. itu tak dapat dinafikan tetapi beliau banyak juga dipandang enteng oleh segelintir masyarakat yang memandangnya sebagai tidak islamik.
buku yang bertajuk Mahathir's Selected Letters to World Leaders amat membuka mata saya. dalam itu, dilampirkan surat2 yang pernah ditulis kepada pemimpin2 dunia seperti Margaret Thatcher, Bill Clinton, Chirac, Bush, Blair, etc. adakah pemimpin di dunia yang lantang bersuara untuk membela nasib umat islam secara global? saya tak rasa ada. di dalam buku itu ada satu surat di mana Mahathir dengan penuh kekerdilan menulis kepada Clinton untuk melakukan sesuatu terhadap penyembelihan umat islam di Bosnia dan Clinton mengambil perhatian ke atas isu itu. dan kemudiannya ada surat yang ditulis untuk membela nasib umat islam di Palestin dan banyak lagi. saya kagum. kita perlukan pemimpin2 seperti ini yang tidak gentar menyuarakan ketidakpuashatian dan pada masa yang sama, diberikan perhatian oleh pemimpin2 dunia yang lain.
In Allah we have faith
Sunday, August 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment