Alhamdulillah, Ramadhan sudah pun berlalu dan sekarang kita berada dalam bulan Syawal 1431H. Apa yang kita kerjakan dalam Ramadhan, diharap Allah redha. Penyesalan tak akan membawa kita ke mana-mana. Ramadhan yang akan datang, kita belum pasti masih berpijak di muka bumi ini.
Jadi, apa yang kita dapat dari Ramadhan yang baru meninnggalkan kita? Adakah "Sekarang boleh lah balik pada kehidupan biasa," atau "Aku nak teruskan tahap amalan aku di bulan Ramadhan"? Untuk aku, Ramadhan sentiasa menyaksikan peningkatan ibadah tapi hanya ketika Ramadhan. Lepas tu, kembali seperti biasa. Ini yang aku harap dapat ubah. Aku sedar Ramadhan membantu kita untuk mendapat rentak dan hasilnya adalah apa yang kita amalkan selepas Ramadhan. In short, Ramadhan=warm up, bulan2 lain=the real game. Kalau Ramadhan selalu baca Quran, bulan2 lain kena lg selalu. Kalau Ramadhan boleh sembahyang malam, bulan2 lain kena lagi boleh. Kalau Ramadhan boleh bersedekah, bulan2 lain kena lagi boleh jugak. Kalau Ramadhan boleh tundukkan pandangan, bulan2 lain kena lagi boleh jugak.
Finally, kalau Ramadhan boleh puasa, bulan2 lain mesti kena boleh jugak!
Semua orang punyai pengalaman berbeza dan matlamat berbeza. Inshallah satu tapak perubahan ke arah yang baik memberi kekuatan kepada kita untuk terus melangkah di atas jalan itu. Beringatlah, dalam apa jua jalan yang kita lalu dan akan lalu, cabarannya pasti hebat. Apatah lagi jika jalan yang kita pilih itu adalah yang lurus. Jika semangat seakan pudar, jangan pernah putus asa. Tempat rehat yang dituju di penghujung jalan itu bukan calang2. Won't stop to surrender!
notakaki: puasa enam hari di bulan syawal ibarat berpuasa sepanjang tahun.
In Allah we have faith
Tuesday, September 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment