hari yang berlalu sentiasa diserikan atau disedihkan dengan ketentuan atau takdir yang dirancang oleh Yang Maha Esa. kemiskinan, kemalangan, kesakitan, kegagalan, kejatuhan, dan kematian adalah antara situasi yang buruk. kekayaan, kejayaan, kelahiran, pula adalah antara situasi yang baik. perkara2 yang tersebut di atas dan yang berkaitan dengannya boleh dilihat sebagai perkara yang micro. perkara2 inilah yang mencorakkan diri seseorang dan ke mana hala tujunya apabila dihadirkan dengan situasi2 tadi. dengan kata lain, ini adalah perkara macro.
kehadiran perkara2 micro ke atas ahmad mencorakkan cara ahmad untuk berhadapan dengan perkara tersebut di masa seterusnya. secara ringkasnya, ia mencorakkan cara hidup ahmad (perkara macro).
kehadiran satu perkara micro tidak menjamin corak hidup seseorang. semakin banyak perkara micro yang seseorang hadapi, semakin bertambah pengalamannya untuk bertindak. mereka yang bertindak berpaksikan kitab Allah dan sunnah nabinya adalah mereka yang membuat tindakan yang betul.
aku ada satu teori. mungkin dah ada orang yang came up with this theory before. the theory is, semua manusia adalah sama dari aspek hidupnya. sebagai contoh, ahmad dan siti bersamaan dengan 100 mata seorang. ahmad seorang yang berharta tetapi beliau sudah bercerai dengan isterinya dan anak-anaknya semua tak menjadi. siti pula kais pagi makan pagi kais petang makan petang tetapi anak-anaknya alhamdulillah semuanya belajar luar negara walaupun suaminya telah lama meninggalkannya. so untuk ahmad, perkara2 micro yang berlaku ke atasnya boleh diwakilkan dengan huruf-huruf berikut, A, B, C, D dan E. untuk siti pula, F, G, H, I dan J.
so equation untuk ahmad mungkin boleh digambarkan seperti ini:
A + B - C + D - E = 100
equation untuk siti pula mungkin seperti ini:
F - G - H + I + J = 100
konklusinya, setiap perkara micro yang berlaku apabila dihitung bersamaan dengan satu nilai yang sama untuk setiap orang. tetapi kita x mungkin mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu perkara yang berlaku ke atas kita. hanya Allah yang mampu kerana semua datang dan pergi dengan izinNya.
ini hanya satu teori kosong yang tiada research paper untuk dibuktikan kesahihannya. tetapi mungkin ada ayat2 al-quran yang boleh dikaitkan untuk memantapkannya. teori ini dengan tak langsungnya boleh memberi ketabahan dan kerendahan diri kepada seseorang. dia akan beringat yang qada' dan qadarnya adalah ketetapan yang harus diterima dengan redha.
In Allah we have faith
Sunday, May 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment