Monday, May 3, 2010

jika ada masa untuk tonton ironman 2, tentu ada masa untuk tonton perempuan berkalung sorban.

fuh, jumaat ni da start final exam. dah la ade 2 paper on that same day. then, semakin kusut kepala dengan hal2 lain lagi. hidup memang mcm tu kan. masalah timbul, lepas tu da dapat setel, then timbul lagi masalah lain. pergi dan datang lumrah kehidupan.

dalam kemalasan nak study untuk finals, sempat pulak aku menonton satu movie ni. Perempuan Berkalung Sorban adalah sebuah filem indonesia yang diarah oleh Hanung Bramantyo dan dibintangi oleh Revalina S. Temat. mengisahkan tentang seorang wanita, Anissa yang dibesarkan di sebuah pesantren di Jawa Timur. beliau merupakan anak kiyai (ketua pesantren/imam) dan ini merupakan ironi yang menarik dalam filem ini. satu babak di permulaan yang menarik adalah ketika anissa ingin belajar menunggang kuda tetapi tak dibenarkan oleh orang tuanya. kata mereka itu hanya untuk kaum lelaki. cerita ini menggambarkan perjuangan anissa yang ingin membawa pembaharuan di pesantren tersebut. di pesantren itu, kaum perempuan disekat kebebasan mereka. apa yang diajar semuanya dilihat seolah olah Allah melebihkan kaum lelaki dalam semua hal. ini sememangnya tidak benar dan inilah yang ingin diperjuangkan oleh anissa. anissa didatangi dengan pelbagai ujian yang teruk dalam hidupnya. satu persatu dugaan beliau tempuhi dan tiada satu pun yang dapat melumpuhkannya.

seriously, aku hampir menangis dekat certain2 part dlm movie ni sebab membayangkan betapa teruknya liku2 yang ditempuhi oleh anissa. btw, watak anissa yang dilakonkan oleh revalina memang membuatkan aku tersangkut dengan beliau (syukur jika jodohku begitu). ketakwaannya, ketabahannya, kecantikannya etc.. mungkin kat malaysia, situasi seperti dalam movie ni x dpt direlate sangat sebab pesantren/sekolah pondok memang sangat sedikit jumlahnya. tetapi seperti di indonesia, masih banyak tempat2 yang seperti ini di mana masyarakatnya tak mendapat kebebasan yang mutlak. di malaysia mungkin konsepnya sama tapi latarnya berbeza. pembaharuan dalam agama memang sentiasa ada. kerana setiap masa, kita memang dijauhkan dari islam sedikit demi sedikit. untuk mereka yang tak berpegang dengan islam, sudah nyata kesesatan mereka. tetapi untuk mereka yang beragama islam, kelalaian dan kealpaan diundang dari bermacam cara. semuanya berdasarkan background mereka. untuk mereka yang background agama, Allah menduga mereka dengan taksub atau riak dalam beragama. untuk mereka yang kaya dengan harta, Allah menduga mereka dengan masalah keluarga dan sebagainya.

secara logiknya, jika proses menjauhkan islam dari kita sentiasa constant, proses pembaharuan atau tajdid perlu istiqamah agar islam itu dapat didekatkan semula kepada kita. pembaharuan ini bukanlah pembaharuan islam itu sendiri kerana islam memang sudah sediakalanya praktikal sepanjang zaman. apa yang perlu dibaharukan adalah reminder dan pemahaman islam dalam konteks yang sebenar.

dalam situasi ini, memang menjadi kebiasaan bahawa terdapat dua pihak. satu yang membawa pembaharuan dan satu lagi yang menentang pembaharuan. kalau dilihat sejarah yang lepas, perkara ini memang silih berganti. di zaman renaissance, terdapat gerakan reformation oleh martin luther dan terdapat juga gerakan counter-reformation. sama juga seperti di tanah melayu, kaum muda ditentang oleh kaum tua. ini memang tidak dapat dielak. cuma kita sebagai manusia yang dikurnia akal, sudah tentu dapat meninmbang apa yang baik dan apa yang sebaliknya dengan bantuan Al-quran dan As-sunnah. di kesempatan ini, aku ingin mengingatkan diriku untuk menambah ilmu dengan lebih banyak membaca buku2 yang dapat menjana perkembangan minda seorang muslim yang mithali.

dan sentiasa syukur, sedar, dan ingat akan nikmat Allah yang dicurah kepada kita. Perempuan Berkalung Sorban mengingatkan aku tentang nikmat kehidupan yang diberi kepada aku. teruk mane pon hidup aku, banyak lagi yang lain jauh lagi teruk. aku sakit, org lain sakit lagi teruk. aku lapar, org lain jauh lagi lapar. aku miskin, org lain jauh lagi miskin. sebab aku selalu jugak mahu lebih. aku terlupa nikmat aku dapat da cukup baik.

"tubuhmu bisa dipasung, tetapi tidak pemikiranmu"

In Allah we have faith

2 comments:

En iLHAM said...

bagus review ko..aku pun dah tengok movie ni.walaupun lame tapi memang tak bosan.banyak iktibar yang boleh dikutip.bagus2..

azhari azmi said...

haha opinion ringkas dari aku. nak tulis panjang2 x larat. tu la. layan pulak tengok cerita tu.