manusia, khususnya aku. haih. diri tak berpendirian. mudah sangat ditiup angin. buat masa ni aku cuma tak mampu nak mengeraskan benteng diri dengan apa yang makruf dan memerisaikan diri daripada apa yang mungkar. hangat-hangat tahi ayam sangat sinonim dengan aku. di saat aku melangkah keluar daripada garisan tu, aku sedar langkah tu akan membuatkan aku sendiri rasa bersalah. sekarang aku dah kembali ke kawasan kebiasaan yang aku amat selesa berada di dalamnya. aku cuma mahu kekal dalam lingkungan ini. tapi hidup tak semudah tu. kalau semudah itu, aku tak dilahirkan ke dunia. aku cuma berharap dan berdoa kepada Yang Punyai segala Maha itu supaya aku sentiasa terpelihara daripada anasir-anasir yang ingin menarik aku keluar dari lingkungan selesa ini. jika aku terpaksa pergi ke daerah lain pun, biarlah aku sentiasa kekal dengan keadaan ketika berada di dalam lingkungan itu. ibarat berada di dalam buih sabun besar yang memisahkan aku daripada berada di luar itu; begitulah juga bagaimana aku ingin rentas dunia ini. Kau Syaitan memang licik. aku tau kelak kau akan berjaya bawak sebilangan besar manusia ke neraka tempat kau itu. kau boleh cuba nak tawan aku. kita lihat kau menang atau tidak. sebab aku tahu yang aku takkan mudah terjatuh ke perangkap kau.
sebab kau lagi tahu yang kau memang sudah tiada harapan lagi untuk hari esok nanti dan aku, jalan yang lurus itu sentiasa ada untuk aku lalui menuju destinasi yang satu itu.
In Allah we have faith
Tuesday, October 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment