Malam tadi, aku sempat berbual dengan seorang rakan yang sudah lama menyepi. Pada mulanya, kami cuma menaip patah-patah huruf di Yahoo Messenger tetapi apabila dia mula menceritakan tentang kenapa dia menyepi akhir-akhir ini, aku terfikir untuk berbual secara langsung kerana itu lebih afdal bagiku. Jadi, aku meminta izin darinya untuk menelefonnya ketika itu. Agak lama aku tunggu untuk die menaip "ok". Aku merasakan bahawa dia sedang menangis. Apabila aku memanggilnya, memang betul sangkaanku. Bunyi esak tangisnya kedengaran seakan-akan cuba ditahan. Aku agak peka sedikit bila melibatkan bunyi-bunyian. Aku menyeru kepadanya supaya berhenti menangis. Dari Alif hingga ke Ya, dia menceritakan tentang kemusnahan hubungan cintanya dengan lelaki itu. Aku tidak larat untuk menceritakan kisah tersebut di sini. Kisah bila mana lelaki cemburu berlebihan dan bermain kayu tiga, empat, dan lima biasa kedengaran bukan? Jadi, tidak rugi sesen jika aku tidak menceritakan isinya dengan lebih lanjut. Bak kata orang, teh tarik ramuannya sama, cuma kadar untuk setiap ramuan yang berbeza mengikut tuan pembikinnya. Aku terfikir untuk menulis entri ini kerana satu sebab. hubungan cinta yang normal kebiasaannya berlangsung di antara seorang gadis dan seorang lelaki. Aku seorang lelaki. Apabila rakanku itu menceritakan tentang bagaimana dia sakit akibat lelaki itu, aku rasa seperti mahu pijak atau siat kulit lelaki itu. Walaubagaimanapun, aku tidak menzahirkan emosi itu padanya. Cuma sematkan dalam hati sahaja. Jadi bila memikirkan tentang geram itu, aku tersenyap sebentar. "Ish, aku ni yakin sangat ke if aku ade awek, aku tak macam that guy?" aku bermonolog. Aku tidak gemar menggunakan bahasa kesat apabila geram. Jadi aku cuma memberi semangat kepada rakanku itu untuk terus bangun dan tidak menangis lagi selepas ini. Aku gembira apabila dia memberitahu bahawa kehancuran hatinya tidak mengalih tumpuannya ketika peperiksaan pertengahan tahun tempoh hari. Luhurnya, aku seperti mengannggap gadis si rakanku ini seperti adikku kerana dia memang sebaya dengan adik lelakiku; 16 tahun. Sebagai makluman semua, aku tidak mendiskriminasi dalam berkawan. Semua golongan aku campur. Tua, muda, miskin, kaya, kaki surau, kaki bola, kaki botol, tak lupa juga kaki bangku. Jadi, pengajaran yang aku terima daripada kisah ini ialah apabila diri terlibat dengan cinta, situasinya sama ada engkau jujur atau tidak. Perlu dua-dua sama jujur. Jika masih tiada kejujuran itu, lupakanlah untuk punyai hubungan cinta dengan orang lain itu. Aku akhiri entri ini dengan sepotong kata-kata Inggeris berbunyi, "To love another person is to see the face of God". Renung-renungkan dan Selamat Beramal!
now listening~Bo. Bedroom Sanctuary-False Hope Maybe
In Allah we have faith
p/s: i'm missing my Malay Language Teachers. They rock! Even though some of em were meticulous and annoying. Really hope that they could read this and see how my writing is. btw, blog fynn bg aku energy nak tulis malay baku. can anyone grade this essay please? haha.
Monday, June 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
tak sangka pandai bermonolog gak ko nih~
sepanjang yg sy mengenali ari...ari sememangnye seorg pendengar yg setia n prihatin ngan masalah org laen...ciri2 anak sulong kot...pe2 pun x sume org de keistimewaan sebegini...hu3
confirm cikgu bm bagi ko 0 klu tgk entry ni... haha
haha muiz ko jeles eyh bm aku still mantap?
ahaaaaaa... da buley buat buku da ari.. *thumbs up* hehehe ;p
ari,kat tempat aku ade kerja kosong as a psychologist.berminat? ;D
boleh la dapat B. tingkatkan usaha!
hahahahhaha :p
-seyra
Post a Comment