tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya menggondol emas buat kali kelimanya dalam sejarah sukan SEA. ketika mendapat tahu bahawa mereka berjaya mara ke separuh akhir, saya sudah positif yang pingat emas dalam genggaman walaupun sedar akan kehebatan Vietnam yang menewaskan Malaysia 3-1 ketika cabaran di dalam kumpulan. credit ditujukan khas pertamanya kepada jurulatih K. Rajagobal dan kemudiannya kepada pemain2 yang mendukung cita2 rakyat Malaysia sekaliannya. masih jelas di benak ketika mewakili johor di peringkat kebangsaan ketika tahun 2004 dan 2005. beberapa orang pemain di dalam pasukan kebangsaan tersebut adalah sebaya saya dan kami turut bertembung ketika kejohanan kebangsaan tahun 2004 dan 2005. antaranya seperti badrol bakhtiar, bunyamin omar dan khairil muhaimin yang mewakili kedah ketika itu. semoga kejayaan yang dikecapi dapat memacu mereka ke tahap yang lebih membanggakan di masa akan datang.
HARIMAU MALAYA bangkit.