hari ini, populasi muslim dilihat semakin bertambah tetapi kualiti mereka masih banyak yang boleh dipersoalkan. jika diteroka setiap pelusuk muka bumi ini, muslim bertebaran dan tak seperti suatu masa dahulu ketika ketibaan Muhammad saw di mana populasi muslim hanya sedikit bilangannya. akan tetapi kualiti mereka mashaallah begitu hebat. tak dapat disangkalkan mereka adalah generasi emas islam yang tiada gantinya. untuk itu, kita patut mengembalikan kegemilangan saat itu kerana jumlah kita amat besar dan jika mencapai kualiti sebegitu, memang terbaiklah!
kita sedari bahawa hari ini, islam bukanlah kuasa besar di dunia ini. negara-negara arab dipecahbelahkan walhal mereka mampu menjadi salah satu gagasan yang hebat. terbukti musuh islam jauh ke depan dengan strategi terkutuk mereka. kerana sebab inilah kita tak mampu melakukan sesuatu perubahan yang besar dan ketara dalam memacu kemajuan Islam secara kolektif. tapi tak apa. mereka menguasai dunia tetapi setiap jasad dan roh kita ini, kita yang kawal. tak dinafikan bahawa usaha meneguhkan diri untuk melawan arus mereka tidak mudah. di sekililing kita, hampir semua aspek dibentuk berdasarkan cara mereka. memang ada perkara yang baik tetapi perkara yang tak baik lebih banyak yang memusnahkan kita.
saya cintakan Malaysia. jadi saya lebih suka memandang situasi ini dalam konteks negara Malaysia. lagipun, nak bercerita tentang konteks satu dunia, tak banyak yang mampu kita usaha dan ubah. kita sedia maklum tentang keagongan alquran dan alhadith sebagai sumber utama untuk mempraktik islam. tiada dua ini, kita sesat. tak payah cerita lebatlah. sekarang kita punyai dua yang ini bukan? tetapi kebanyakan kita tak berpegang pon dengan yang dua ini. jika berbahas pon, hujah ditiangkan dengan quote2 dari si beliau dan si beliau yang datang dari barat dan lain lainnya. walhal berbahas dengan rakan muslim juga. dan ada banyak juga ayat yang tertulis dalam alquran dan hadith yang berkait tentang itu. jika tidak, takde lah Muhammad saw itu mewasiatkan yang umat islam tak akan sesat selagi berpegang dengan alquran dan assunnah. saya bukan konservatif atau ortodoks sehingga tak mengiktiraf kehebatan ahli2 ilmuwan. tetapi islam itu sendiri punyai sumber hujah yang mantap dan utamakanlah sumber dari alquran dan assunnah daripada perkataan2 manusia lain yang tak sehebat mana pon. hanya kerana mereka adalah figura yang ulung, kamu mendahulukan mereka. tak nampak manis di situ. secara tak directnya, ini seperti kaum yang sesat yang mengatakan Muhammad saw itu diturunkan hanya untuk membaca syair. itu fitnah yang amat berat. nauzubillah.
ketika umur ini sudah menjangkau 21 tahun, baru termenung tentang nasib islam yang tak begitu terbela. sekularisme diutamakan dan islam tiada tempat. faktanya malaysia adalah negara islam hanya kerana majoriti populasinya menganut islam. tak bestlah macam ni. di sini saya lebih nak mengecilkan skop kepada sistem pendidikan di malaysia. sama ada membela islam atau tidak.
ini lebih kepada flashback tentang pengalaman sendiri dan kemudian bolehlah direnungkan. ketika di tadika, saya dihantar ke kindergarten yang majoritinya pelajar cina. yurannya teramatlah mahal sehinggakan ada swimming pool di tepi kelas. untungnya saya yang pertama, pendidikan diberikan yang terbaik. adik2 hanya dihantar ke taski abim dan tabika kemas yang dilihat sebagai tak class dan sebagainya. di kindergarten belajarlah tentang perkara asas melibatkan abjad2, angka2, menulis, membaca, mengira, mewarna dan yang sewaktu dengannya. seingat saya, memang tiada yang melibatkan agama. mungkin kerana pentadbirannya diterajui oleh bukan islam. tak mengapalah. kemudian, alam sekolah rendah menjengah datang. ilmu asas yang dipelajari di tadika digunakan di sekolah rendah. pendidikan islam dipandang sebagai subjek mudah yang confirm boleh dapat a ketika peperiksaan. oleh itu, tak banyak masa yang perlu diluangkan untuk pendidikan islam. ilmu matematik dan sains lebih ditekankan oleh guru dan dipandang sebagai kayu ukur sama ada kau budak pandai atau kau budak bodoh. jika pandai tahun depan masuk kelas depan, jika bodoh masuk kelas hujung. jika pandai cikgu bersemangat ajar, jika bodoh cikgu ajar macam tak nak ajar. budak kelas hujung dilihat sebagai pelajar bermasalah. sepanjang di sekolah rendah aku diajar budaya itu. setiap peperiksaan dimindsetkan untuk dapat nombor 1-3 dalam kelas. pendidikan islam sekali lagi dianaktirikan kerana amat mudah. confirm dapat a. budak yang upsrnya 4c 1a. cubalah teka ape "a"nya. kalau bukan bahasa melayu, pendidikan islamlah. di sekolah rendah juga diwajibkan lulus pafa iaitu pendidikan asas fardhu 'ain. ia melibatkan rukun2 islam, dan perkara2 yang basic. kemudian setelah habis sekolah rendah waktu tengahari, pergi ke sekolah agama pula yang waktunya sehingga petang. sekolah agama dilihat lebih kepada waktu untuk bermain-main. masih ingat ketika di sekolah agama, waktu rehat main bola di kawasan yang ade rumput sedikit. mainlah dengan bersongkok bersampin. penjaga gol mengorbankan songkok untuk dijadikan tiang gol. masuk ke kelas semula dalam keadaan berpeluh dan seluar ade kotoran kaler coklat di bahagian lutut. sekali lagi, kebanyakan subjek di sekolah agama dilihat mudah dan boleh score. apa yang dipelajari hanya dicurah ketika peperiksaan. di sekolah menengah pula saya dihantar ke smk agama. pelajarnya diwajibkan tinggal di asrama. di sini, budaya islam itu lebih dirasai. apa yang dipelajari di sekolah adalah sama seperti sekolah2 lain melainkan diwajibkan mengambil bahasa arab. kelainan dirasai dari segi rutin harian. setiap hari wajib menunaikan solat berjemaah di surau. selepas asar membaca almathurat karangan hasan al banna dan sebelum tidur, diperlukan membaca surah almulk. aurat pula perlu ditutup setiap masa kerana takutkan senior. secara personal, saya merasakan alam ini banyak mengajar tentang islam kerana islam diamalkan. ketika di tingkatan satu disuruh oleh senior untuk menghafal pelbagai surah dan doa. dan dalam sebulan sekali, qiamullail akan diwajibkan. sedikit sebanyak dapat mempelajari melakukan solat sunat tasbih, tahajjud, hajat, dan sebagainya. syukurlah mendapat tempat di kkq iaitu kelas kemahiran quran untuk mempelajari tajwid, taranum, tafsir dengan lebih mendalam disertai dengan biasiswa daripada kerajaan johor sebanyak rm600 setahun yang dirasakan banyak sebagai seorang pelajar sekolah menengah. kemudian ketika tingkatan empat dan lima memasuki aliran sains agama. semuanya sama seperti sekolah2 lain melainkan diwajibkan mengambil bahasa arab tinggi, syariah islamiah dan pendidikan quran sunnah. banyak ilmu agama yang dipelajari ketika ini tetapi kesedaran masih kurang. ilmu ditimba lebih untuk menjawab peperiksaan.
jadi apa yang dapat dianalisis adalah islam tidak dipelajari di sekolah sebagai prioriti. ia lebih dilihat sebagai sesuatu untuk melengkapkan pakej. bagi saya, adalah lebih ideal jika alquran dan alhadith diajar terlebih dahulu sebelum ilmu2 dunia diajar. kerana kita mengakui alquran dan alhadith adalah sumber yang teragong dan yang lain2 itu keutamaannya tiba setelah yang dua ini. selain itu, ilmu2 dunia yang dipelajari kemudian itu bolehlah direlatekan dengan ilmu alquran dan alhadith yang dipelajari sebelumnya. islam itu indah. ia tak memisahkan dunia dengan akhirat. tetapi prioriti perlu pandai ditentukan. tak perlu cakap panjang. zaman2 kegemilangan perdana islam telah mencorakkan segalanya. sama ada ketika zaman Muhammad saw ataupun zaman ahli2 ilmuwan islam seperti ibnu sina dan sebagainya. apabila ilmu fardhu kifayah dapat direlatekan dengan ilmu fardhu ain, sukses dalam genggaman.
Allah berfirman dalam alquran maksudnya: Sesungguhnya dalam terciptanya syurga dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, di situ terdapat petanda2 untuk mereka yang faham. (surah al-'imran; ayat 190)
ilmu dunia adalah bermanfaat kepada kita hanya apabila ilmu itu membawa kita ke syurga Allah. itu adalah kejayaan yang mutlak. dan oleh sebab itu ilmu alquran dan alhadith perlu dipelajari dan kemudian dilengkapkan oleh ilmu dunia yang lain kerana tanpa ilmu alquran dan alhadith, kejayaan yang mutlak amat sukar digapai.
Allah juga berfirman dalam kitabnya, alquran yang agong: Setiap manusia akan merasai kematian. dan hanya di hari kebangkitan, kamu akan dihisab dengan sempurna. dan sesiapa yang dihindarkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam SYURGA, dia itulah yang BERJAYA. hidup dalam dunia ini hanyalah kegembiraan yang tipu belaka. (surah al-'imran; ayat 185)
pada masa ini, kita terpaksa akur tentang sistem pendidikan yang sedia ada. perubahan tak dapat dicapai dalam sekelip mata. sebentar tadi, saya berkata tentang sistem pendidikan yang ideal. dalam aspek hidup ini, ideal adalah sukar untuk dicapai. seperti dalam pembuatan litar elektrik, litar yang ideal memang mustahil untuk dicapai. ralat pasti akan berlaku. jadi, apa yang kita mampu lakukan adalah usaha untuk diri sendiri dan untuk sesuatu yang kita mampu. jika sudah berkeluarga, dapatlah disemai kepada ahli keluarga dan sebagainya. kerana sistem pendidikan di sekolah adalah sistem pendidikan formal. sistem pendidikan tidak formal masih boleh ditentukan oleh kita sendiri. di sinilah peluang untuk kita bersama melakukan apa yang patut. sebagai contoh, saya tidak berapa setuju dengan budaya orang melayu yang berlumba-lumba untuk melihat anak siapa khatam alquran paling cepat. mungkin perkara ini tidak berlaku pada setiap orang tetapi ia berlaku di sekeliling saya. mereka lebih melihat siapa cepat khatam dan siapa yang khatam banyak kali. saya sendiri mengalami perkara ini, bahkan adik2 saya yang lain juga. adik bongsu saya diajar oleh nenek saya dan disuruh membaca dua atau empat muka sehari dan setelah khatam akan disuruh mengulang sehingga khatam lagi. saya bersetuju dengan perkara ini tetapi biarlah diajar sekali tafsir alquran itu agar pembacanya faham dan tahu tentang apa yang disampaikan. itu lebih praktikal daripada khatam banyak kali tetapi tidak tahu apa yang dibacanya. ini baru sau contoh. banyak lagi contoh yang lain. golongan2 yang berumur seperti nenek saya amat susah jika ditegur kerana mereka akan berasa kecil hati walaupun sesuatu yang berlawanan dengan norma mereka itu dihujahkan. tetapi berlaku senyap bukanlah pilihan yang kita ada. berkata benarlah walaupun pahit. syukurlah setelah digesa oleh bapa saya, nenek saya telah memutuskan untuk mengajar tafsir sekali. dalam mengajar adik saya, inshallah beliau juga dapat memantapkan kefahaman tentang alquran. pelajaran tidak formal pon boleh ditimba melalui ceramah2 di masjid dan sebagainya. itu adalah pilihan kita yang mutlak. selain itu kita juga boleh mempelajari sendiri melalui pembacaan buku2 berkaitan alquran dan alhadith. antara kitab2 yang popular adalah seperti sahih muslim, sahih bukhari, riyadhussolihin, fathulbari, almuwatto', dan sebagainya. pilihan di tangan kita.
harapanku hanya satu, kejayaan mutlak di sisi Allah yang satu.
segala yang baik datang daripada Allah
segala yang buruk datang daripada diriku sendiri
walaupun pada hakikatnya kedua-dua datang daripada Allah
In Allah we have faith
Monday, November 30, 2009
Tuesday, November 24, 2009
esok holiday!
hidup di zaman fitnah tak mudah. manusia difitnah oleh manusia dan pada masa yang sama difitnah oleh dunia itu sendiri. lagi2 di penghujung zaman ini, fitnah dunia lebih hebat dari waktu yang sebelumnya.
jika di malaysia, kita dapat lihat bagaimana hebatnya sejarah mengulangi sesuatu peristiwa itu. jika di zaman nabi muhammad saw, umat islam ditentang oleh musyrikin dan itu masih dapat diterima sebab mereka naive dan tak tahu tentang Islam. tapi sekarang, ketika muslim berjumlah 1.6-1.8 billion dari populasi dunia, umat islam masih ditentang. bukan sahaja dari musuh islam yang nyata, tapi tentangan dari saudara seislam sendiri. bila renungkan, memang sedih. nabi kesayangan kita pun sure menangis kalau lihat perkara macam ni berlaku. beliau tahu perkara2 sebegini akan berlaku. dan itu kehendak Allah. tiada yang lebih absolute daripada keputusan Allah.
sebagai contoh, baru2 ni kecoh di selangor seorang bekas mufti diserbu oleh penguatkuasa agama setempat dengan dakwaan tiada tauliah untuk memberi ceramah. saat pertama terbaca tentang perkara ni, nak menangis pon ade, nak ketawa pon ade. tertanya-tanya bagaimana suatu hari nanti di mana islam akan kembali gemilang. ketika dan saat ini, memang masih di luar jangkauan. jika bi'ah solehah atau suasana amar makruf pon sukar dihidupkan, kemungkaran yang berlaku usah dituding jari siapa puncanya. sebagai seorang pelajar di negara majoriti bukan islam, terbukti bi'ah solehah tu lebih mudah untuk dipraktik. dan apa yang penting ialah islam itu lebih dihargai kerana kita minoriti. ini amat berbeza dengan malaysia di mana islam hanya pada nametag. sedih amat. di sini, jika seseorang memberikan ceramah keagamaan, tiada pihak yang akan datang serbu untuk tanya tentang tauliah dan yang sewaktu dengannya. adalah cukup baik untuk mempunyai seseorang muslim yang rela mengorbankan masanya untuk bercakap tentang islam. perkara yang hak dan batil adalah mudah untuk dibezakan. tapi ia hanya mudah jika hati bebas daripada taksub kerana tu sebenarnya yang menghakis ketajaman akal.
islam di kala ini sangat lemah. fitnah dunia mencekik semua. bagaimana untuk melepaskan diri daripada dicekik? dalam hal ini ---> kuasa dan pangkat
semoga islam yang tulen mendiam dalam diri kita. ameen.

Tuesday, November 17, 2009
terdiam.
malam tadi menjengah tingkap di belakang apartment. hasratnya untuk menanti Leonid meteor shower tetapi hampa. awan mengepul di langit melitupi ruang langit. tapi takpelah. aku pon tak beriya nak lihat. sekadar menghadirkan kemungkinan. ketika mencari cari kelibat meteor, terlihatlah keindahan langit. bintang-bintang kelihatan di beberapa sudut langit. saban kali aku melihat bintang, pasti di hati terasa kagum seolah ingin memanjat menuju ke bintang itu. tuhan maha agong.
dan ketika itu mata cuba melihat sejauh mungkin terbentangnya langit. memang gamam. langit yang dicipta tanpa bertongkat apa. setia memayungi kelibat makhluk di serata bumi. biarlah kau memuja tuhan, kau memuja syaitan, langit tidak dibiarkan meruntuh. nikmat kau maha hebat tuhan. syukurku hanya setitis air yang melekat di jari.
aku sentiasa berdoa hidupku ditentukan yang baik agar kesudahannya di syurgamu tapi di saat yang ini, aku tak dapat lihat bagaimana aku mampu berada di tempat itu satu hari nanti. hidup aku cacat belaka. semuanya semata untuk dunia. terasa diri ini dan dunia yang kau yang cipta sudah sebati sesama sendiri seperti perencah maggi yang sudah digaul dengan air panas yang akhirnya menjadi sup. tak tahu bagaimana untuk memisahkan mereka. tapi aku tak pernah putus asa. harapan sentiasa disandar pada kau.
harapan aku hanya satu. kau matikan dunia yang telah lama mendiam di hati aku. semoga bangkai dunia yang mati itu kau jadikan baja memekarkan akhirat yang kian layu. segala ujian kau yang datang aku cuba tepiskan kerana aku tahu itu salah satu jalan mematikan dunia. kau maha mendengar. kabulkan yang ini.

Tuesday, November 3, 2009
where are the wild things?
assignment tersusun rapi. lepas satu, satu, dan seterusnya. tiada noktah yang memberi akhir. aku bukan complain tapi cuma untuk cuba menzahirkan betapa simple nya hidup seorang student. cabaran yang utama hanyalah pembelajaran dia. ni secara general lah. ade je yang kene hadapi cabaran yang berbagai cara datangnya. mungkin sakit yang mengganggu hidup, girlfriend yang membuat onar x sudah, kekurangan wang untuk menyara hidup dan sebagainya.
actually, aku bukan nak cerita pasal hidup seorang student. semua orang tau kot. lame lah. tapi aku mcm terperasan yang sejak kebelakangan ni, di sinema2 seringkali menayangkan filem2 yang bergenre seram. same ade melibatkan makhluk pelik seperti hantu, syaiton, ataupun alien. actually, tak semestinya seram. yang penting dalam movie tu ade makhluk2 pelik yang obviously bukan normal human. by the way, sejak kebelakangan tu means like 2 or 3 years ago until now.
aku tak sure benda ni normal or tak. maybe takde orang yang perasan sebab in this whole world kite kene suap je dgn ape yang tv/sinema/radio/internet nak bagi. so maybe it's just a normal thing. any types of movies yang directors/producers keluarkan memang orang akan nengok. who cares? selagi movie tu enjoyable, best, graphic gempak, pelakon best, plot best, orang nengok lah.
by the way, new moon tuh abaikan je lah. cerita tu lame sgt lah. bercinta dengan vampire konon. ptuiihh. fantasy x hingat dunia. yang baru keluar ni ade satu movie "where the wild things are". org ckp best tapi aku tak nengok lagi. tapi trailer die aku da nengok bnyk kali. obviously, ade sekumpulan makhluk ni berkawan dengan sorang budak kecik. makhluk2 ni bertanduk and berekor and nampak adorable.

aku malas nak recall movie2 yang berkaitan. leceh lah. maybe korang ingat kot. aku just merasekan yang media nak sumbatkan message bahawa makhluk2 seperti ini tak perlu ditakuti and treat mereka seperti manusia jugak. and if takut pun, it's not a big deal. maybe itu mission mereka. so that one day, when these kind of beings menjelma di hadapan kamu, kamu tak merasakan something is going on but hanya buat x endah sambil berkata, "oh, ni mcm dalam movie blablabla tu. memang wujud lah! no wonder." until at one stage, dajjal keluar, makhluk bawah tanah keluar sume, kita x sedar hari akhir hampir tiba. terus leka dibuai dunia.
haha. anyways, this is only a thought. tiada proof dan tiada witness. well, aku seorang student oh. masa kosong tu kadang2 berkhayal. and sampai berfikir pasal ape mereka asyik release cerita ade makhluk pelik2. buat cerita mcm sepet ke, papadom ke, setem ke, sudah lah. lagi cool. bajet pon rendah.
sampai di sini sahajalah. masa pun dah mencemburui kita (ayat time sekolah rendah buat surat tak rasmi nak end karangan).

Subscribe to:
Posts (Atom)